InsyaAllah... Ada Jalannya. InsyaAllah... Allah Akan Bersamamu!

Monday, November 29, 2010

PRU13 Tahun Depan: Dah Mendaftar Jadi Pemilih?

"Ye ke PRU13 tahun depan?", jawab seorang pemuda di surau taman bila saya ajukan soalan, "Dah daftar ke mengundi untuk pilihanraya tahun depan?"

Sebenarnya saya sendiri tidak pasti. Memang di Malaysia ni siapa yang boleh pastikan bila pilihanraya umum (PRU)? Hanya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sahaja yang akan tahu awal tarikh mana-mana PRU. Ia suatu keadaan tidak demokratik dalam sistem yang kita panggil demokrasi. Kalau pilihanraya kecil lainlah ceritanya, sebab PRK biasanya diadakan sebab ada ADUN yang meninggal dunia.

Cuma banyak riak dan gelombang dalam negara yang bergerak dan berkocak seakan-akan membenarkan kemungkinan ini. Banyak projek mewah sedang berjalan atau akan dilancarkan, dengan harga jauh lebih tinggi berbanding anggaran profesional. Contohnya, Menara Warisan, Landasan Keretapi Berkembar ke Padang Besar, Projek Permata Pintar. Para pemimpin pula sibuk pusing kampung dan pekan melalui program Pemimpin Bersama Rakyat. Wang-wang sumbangan pun nampaknya mudah diminta dari para ADUN dan ahli parlimen (MP), meskipun banyak urusan pentadbiran jabatan dan kementerian kehausan bajet. Sedikit masalah dan kekecohan dalam parti-parti pembangkang pula sentiasa dikorek dan diperbesarkan setiap hari dalam media cetak dan elektronik.

Sudah jadi rahsia terbuka, keadaan semacam ini jadi gerak awalan kepada gerakerja pilihanraya Umum kerajaan BN sekian kalinya. Maka, berdasarkan sejarah pilihanraya di negara kita, memang PRU13 sudah hampir. Cuma tarikhnya masih dirahsiakan.

OK, kembali kita kepada cerita asal posting ini. Saudara/i berumur 21 tahun ke atas? Dah daftar jadi pengundi? Confirm ke? Kalau dah daftar, eloklah pergi semak dulu di web SPR. Takut-takut ada banyak maklumat salah atau tidak tepat. Contohnya masa PRU pada tahun 1999 dulu, ramai orang yang tinggal di sebuah bandar tapi didaftar di bandar lain pula!

Seorang sahabat ada mengingatkana saya dan kawan-kawan melalui email supaya mewarawarakan kepada generasi muda Gen-Y semua pakat mendaftar pada kesempatan yang terdekat ini. Menurut beliau, pastikan anda berbuat demikian sebelum 15 DISEMBER 2010 bagi membolehkan pendaftaran anda mempunyai tempoh masa yang memadai untuk diproses dalam suku ke-4 tahun 2010  (Oktober- Disember), walaupun suku ke-4 berakhir pada 31 Disember 2010. Ini berdasarkan jangkaan SPR tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk key in borang2 pendaftaran pemilih. Statistik pendaftaran suku ke-3 2010 menunjukkan bilangan pendaftaran mencecah 100 ribu di seluruh negara. Bilangan ini  dijangka bertambah di suku ke-4 ini. Ini kerana sekiranya PRU13 berlaku Mac/April 2011, SPR hanya akan mengguna pakai daftar pemilih induk yang dikumpulkan sehingga Disember 2010.

Untuk mendaftar, anda ada beberapa pilihan cara :

1) Sila ke pejabat POS berkomputer berdekatan
2) Pejabat SPR Negeri di negeri masing-masing.
3) Wakil-wakil SPR untuk pendaftaran pemilih
3) Sekiranya ingin mendaftar di alamat bermastautin, sila ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), buat permohonan
    tukar alamat. Lepas itu, pastikan buat permohonan mendaftar di pejabat POS atau pejabat SPR negeri.
4) Bagi kakitangan kerajaan/swastaa di luar negara, kunjungi atau hubungi Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi
    & Konsulat Jeneral di negara anda berada sekarang. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission

Mendaftar sebagai pemilih bukan lagi pilihan individu, dilakukan bila rasa rajin atau bila ada masa. Ia merupakan kewajipan asas seorang warganegara. Selain merupakan tanggung jawab kepada negara, ia juga tanggung  jawab memilih para pemimpin menurut Islam .Jika anda mengambil sikap tak peduli atau acuh-tak-acuh, anda sebenarnya merugikan Islam, masyarakat dan bangsa.

Peluang mengubah kepimpinan hanya berlaku sekali bagi setiap tiga atau empat tahun. Jadilah orang muda yang prihatin. Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja! Malaysia perlukan lebih ramai pemilih yang analitikal dan kritis untuk mengisi kertas-kertas undi  dalam PRU13 nanti. Cepat daftarkan diri sebagai pengundi!

Kalaupun anda sudah mendaftar, jangan lupa semak maklumat pendaftaran anda di http://www.spr.gov.my/. Pastikan semua maklumat tepat. Ajak kawan, jiran dan saudara-mara untuk mendaftar sama!

5 comments:

  1. Berita Harian hari ni maklumkan di muka depannya: UMNO tangguhkan semua pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat sehingga April 2011.

    Nampaknya satu lagi petanda kemungkinan PRU13 masa cuti sekolah bulan Mac 2011.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum pakngah.
    Jazakallahu khair kerana mengingatkan. Ini salah satu tanggungjawab orang muda malaysia yang patut digalas!

    ReplyDelete
  3. Daftar, jangan tak daftar! Selepas daftar, buatlah pilihan bijak berdasarkan solat istikharah anda...

    ReplyDelete
  4. Satu undi itu amat bermakna, meskipun bilangan hanya 1. Bayangkan kalau terjadi kes bilangan undi yang sama antara dua pihak. Bukankah sama maknanya dengan 0-0?

    Kalau antara dua pihak, kita tahu mana yg lebih benar, lebih wibawa, lebih teratur kerjanya, lebih bertanggung-jawab kpd masyarakat, dsb... bukankah merugikan kiranya satu undi pemenang kebenaran itu sebenarnya boleh datang daripada diri kita, tapi kita tidak mendaftar???

    Jadi, jika umur anda sudah sampai 21 tahun, pergilah usahakan segera pendaftaran diri anda sebagai pemilih supaya anda layak mengundi di PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  5. Memanjangkan pesanan seorang sahabat melalui email:

    Sekiranya anda baru mendaftar sebagai pengundi atau menukar alamat mengundi dalam tempoh Oktober-Disember 2010, sila gunakan link ini utk menyemak permohonan anda.
    http://daftarj.spr.gov.my/ rang/

    Link ini hanya aktif mulai 9-15 Feb sahaja. Sila semak pendaftaran anda.

    Mohon dikongsikan dengan rakan2 yang berkaitan.

    ReplyDelete